Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.

Wednesday, May 1, 2013

Mind in the Making - Ellen Galinsky


Alhamdulillah saya telah selesai membaca buku ini, cuma ada tinggal beberapa muka surat sahaja lagi (lebih kurang 10 ms) dan saya rasa tidak mampu untuk menghabiskannya. Saya telah mula dengan buku baru "How to Talk so Kids will Listen & Listen so Kids will Talk?" untuk mencari mood dan menukar angin seketika dan inshaa Allah saya akan kembali untuk baca beberapa helai yang tinggal. Bagi saya buku ini agak 'berat'. Padat dengan istilah-istilah saintifik, kajian, eksperimen dan penyelidikan; membuatkan agak lambat untuk saya menyudahkan pembacaan.  Bila saya mula membaca buku 'How to talk..', ya Allah, memang dua jenis buku yang berbeza. Buku 'How to talk..' lebih mudah, tiada istilah saintifik; cuma pengalaman dari penulis dan perkongsian daripada ibubapa lain. Dalam sehari, saya boleh membaca 2 bab alhamdulillah. Saya kena cepat membaca dan khatamkan buku-buku yang ada. Anak-anak makin membesar dan saya tidak mahu di takuk itu juga. Semoga Allah membantu dan memberi taufiq kepada saya.

Buku ini mengenai 7 life skills yang kanak-kanak perlukan dalam kehidupan. Antara yang buat saya tertarik dengan buku ini ialah apa yang ibubapa boleh lakukan untuk mengembangkan skil-skil terhadap anak. Cuma sebelum nak sampai ke situ, penulis menerangkan dengan panjang lebar mengenai setiap satu skil dari sudut saintifik.

Skill 1 : Focus and self-control
Skill 2 : Perspective taking
Skill 3 : Communicating
Skill 4 : Making connections
Skill 5 : Critical thinking
Skill 6 : Taking on challenges
Skill 7 : Self-directed, engaged learning

Saya tak tahu jika saya ada kesempatan untuk berkongsi dengan ibu-ibu lain semua skill di atas. Tapi inshaa Allah dalam post yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana untuk membantu anak menangani stress (taking on challenges). 

No comments:

Post a Comment