Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.

Wednesday, May 1, 2013

The Imperfect Mother

Ya, saya adalah seorang ibu yang tidak sempurna dan banyak membuat kesilapan dan kesalahan; kesilapan dalam mendidik dan berbuat salah pula kepada anak-anak. Dan yang 'bagus'nya mengenai kesilapan ini ialah kita boleh belajar daripadanya dan berusaha untuk tidak melakukannya sekali lagi.

Kadang-kadang saya meninggikan suara kepada anak, pernah juga saya 'rotan', bila anak mengaji 'main-main' pun saya marah juga, saya kerap test anak; 'ini huruf apa? ini bunyinya apa? Saya cuba buat dia lakukan aktiviti yang saya sediakan untuknya. Pendek kata - KURANG SABAR. Itulah saya. Bila keadaan begini terjadi, saya tidak gembira dan anak tidak gembira sedangkan saya dan dia mahu hidup dalam keadaan yang secara fitrahnya, kami senang dan tenang dengannya. Hati saya tidak tenang, saya tahu saya tak boleh berterusan dalam keadaan begini. Saya sayangkan anak-anak saya. 

3 perkara yang saya rasakan sangat membantu dalam mendidik anak-anak : al-Quran dan Sunnah, buku-buku dan pengalaman manusia.

Seronoknya menjadi Muslim ialah kita ada al-Quran dan Sunnah. Ia adalah panduan dan guideline untuk kita. Sangat beruntung bukan menjadi Muslim? Saya pernah terbaca buku Mind in the Making, penulis membuat perumpamaan; limits dan boundaries yang di-set oleh ibubapa terhadap anak-anak adalah ibarat anak itu sedang berjalan di atas sebuah jambatan dan di kiri kanannya ada penghalang supaya anak tidak terjatuh. Begitu juga dengan al-Quran dan Sunnah, mengelakkan manusia dari tersesat dan memandu ke jalan yang lurus. Dan memang benar apa yang Allah sebutkan dalam al-Quran bahawa Kitab ini adalah 'hudaa' - PETUNJUK. Al-Quran bukan buku sains, bukan buku matematik, bukan buku parenting, bukan buku geografi, bukan buku cerita tetapi ia adalah sebuah Kitab yang memberi petunjuk. Mengapa petunjuk? Kerana di dunia ini, dengan kehendak Allah Ta'ala, Dia telah menciptakan pelbagai ilmu, pelbagai benda, pelbagai cara, pelbagai gaya; ada yang baik dan ada yang buruk. Dan di sinilah datangnya al-Quran dan Sunnah sebagai hudaa dan al-Furqan (yang membezakan) - Ia menunjuki manusia dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah. 

Buku; buku pertama yang saya baca mengenai perkembangan kanak-kanak ialah 'Einstein Never Used Flash Cards'. Tajuknya menarik minat saya kerana saya baru sahaja berkira-kira untuk mengajar anak menggunakan workbooks, worksheets, flash cards dan sebagainya, kerana inspired dengan cara homeschooling dalam blog-blog yang saya baca. Anak sekecil 3-4 tahun buat latihan dalam workbooks, worksheets, dan menghafal macam-macam. Saya baca hingga habis dan saya sangat gembira dengan apa yang saya baca. Buku inilah yang membuatkan saya mahu membaca dan belajar lebih lagi mengenai perkembangan kanak-kanak. Kerana apa? Kerana mengetahui apa yang berlaku di 'dalam sana' dan bagaimana sebenarnya anak membesar dan berkembang sangat-sangat membantu saya memahami apa sebenarnya yang sedang dilalui oleh anak. Dan paling penting, bagaimana sebenarnya cara kanak-kanak belajar. Dan selepas itu, mulalah saya 'memburu' buku-buku parenting dan child development. Buku-buku ini memang membantu saya melihat anak-anak dari SUDUT YANG SANGAT BERBEZA dari sebelumnya, Subhanallah. Buku-buku tidka menyediakan panduan sebagaimana al-Quran dan Sunnah. Tapi ia memberikan idea, tips dan tricks dalam membesarkan anak-anak. Dan al-Quran dan Sunnahlah yang memandu kita mana yang baik untuk diikuti dan mana yang buruk untuk dijauhi.

Pengalaman manusia ; tidak dapat saya ungkapkan betapa banyaknya yang saya belajar dari pengalaman kawan-kawan saya baik di alam realiti mahupun di alam maya. Anak kita sentiasa membesar dan berkembang, hari ini lain, esok lain pula. Dan kita tidak tahu bagaimana gayanya pada keesokan hari mahupun pada masa akan datang. Jadi pengalaman kawan-kawan terutamanya yang mempunyai anak lebih besar dari anak saya, saya jadikan pengalaman mereka sebagai persediaan saya menghadapi anak-anak di masa akan datang. To know what to expect in the future is always helping me to be ready. Begitu juga, idea dan tips & tricks dalam meng-handle anak-anak, mungkin 'ubat' kita kurang berkesan dan boleh cuba apply cara kawan-kawan lain.

Dan kini saya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah diri saya seperti yang saya tulis di atas - saya mesti memperbaiki diri. Buku 'How to talk..' sangat membantu saya bagaimana untuk bercakap dengan anak dengan baik tanpa perlu meninggikan suara, pada masa yang sama dapat kekal bertenang dan mendapat pula kerjasama anak. Bukanlah saya dah tak pernah tinggikan suara langsung tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar itu. Anak mengaji 'main-main' dan 'cepat penat'? Itu kerana mata saya melihat begitu dan saya tidak lihat dengan kaca mata mereka. Mengetahui bagaimana sebenarnya anak develop, nature anak kecil dan apa yang berlaku 'di dalam' anak sangat membantu saya untuk tolerate dengan anak dalam pelbagai perkara. Test anak? Saya telah belajar bagaimana untuk tahu anak sudah mahir atau belajar sesuatu tanpa perlu test mereka. Buat anak lakukan aktiviti yang di-set up? Biasanya saya biarkan anak pilih aktiviti dan saya mencadangkan sahaja. Biasanya, dia akan seronok jika saya sediakan aktiviti sebab ia hanya sekali-sekala. Dan satu lagi saya belajar - untuk bersabar dengan anak-anak bermakna ibu tidak boleh tertekan. Cara untuk tidak tertekan ialah fokus kepada anak tanpa buat kerja lain atau mengurangkan fokus kepada benda lain dan melebihkan fokus kepada anak. Is it possible? Sometimes I can make it possible but sometimes I can't. I am an imperfect mother T___T

It is always a bumpy and rough road. I still lose patience sometimes and I know I have to go back and remind myself.

Betapa mencabarnya mendidik anak di zaman yang semuanya ada serba-serbi! Allah al-Musta'aan.

'Aunak ya Rabb!

3 comments:

  1. no perfect mother. kita semua sdg belajar dan akan terus belajar menjadi ibu yg baik. semua yg tertulis di atas, terjadi juga pd diri ini, dan mungkin juga pd diri hampir kebanyakan ibu di luar sana.

    Semoga Allah membantu kita dalam mendidik dan membesarkan anak2.

    ops, nak tinggalkan soalan juga ni:

    buku how to talk tu ok tak ili? ape antara content dlm buku tu ye? akak ingat nak beli online je sbb susah nak dpt keluar gi kedai.bila beli online ni, yg tak bestnya ialah tak dpt nak belek2 n tgk content lah kan.. :D

    ummu numair

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya buku tu sangat ok kak, subhanallah. saya suka baca sbb ia ada banyak perkongsian daripada ibubapa mcm mana mereka handle anak-anak berdasarkan tips2 yang diberikan oleh author. selain tu, ada juga soalan-soalan berbangkit oleh ibubapa utk troubleshoot ; mcm mana kalau dah buat mcm ni tapi msh x jalan juga dan banyak lg. buku tu bagi banyak idea dan option mcm mana untuk communicate dengan anak, untuk stay calm, utk elakkan dari pukul anak, utk dapatkan kerjasama anak dsb. smuanya atas satu dasar - iaitu treat anak dengan respect. stakat ni saya baru baca bab ke-4. ada lg 3 bab kot. tapi saya mmg recommend buku tu pada ibubapa, mmg byk bantu cara komunikasi yg lbh baik dgn anak :)

      Delete
    2. antara content-nya :

      bab 1 : helping children with their feelings
      bab 2 : engaging cooperation (cara dapatkan kerjasama anak)
      bab 3 : alternatives to punishment
      bab 4 : encouraging autonamy (mcm mana nak galakkan anak jadi independent
      bab 5 : praise
      bab 6: freeing children from playing roles
      bab 7 : putting it all together

      Delete