Kanak-kanak pada usia ini telah menunjukkan tanda-tanda untuk berdikari tetapi dia masih lagi memerlukan penyeliaan dan tunjuk ajar. Adalah sangat penting untuk memperkenalkan aktiviti kepada anak pada masa yang sesuai untuk merangsang anak. Merancang waktu yang sama pada setiap hari adalah tidak disarankan kerana anak mungkin akan rasa terkongkong and mempamerkan perlakuan yang negatif.
Cuba fahami anak anda dengan melihat kepada perlakuan hariannya. Cuba perhatikan bila anak nampak seperti mencari-cari untuk melakukan sesuatu. Mungkin pada waktu pagi atau selepas bangun dari nap. Terpulang pada dia bila dia mahu di-stimulasi.
Ibu juga perlu sedar bahawa anak pada usia ini mempunyai attention span (tempoh fokus) yang sangat pendek dan mungkin tidak akan menyudahkan sesuatu aktiviti pada waktu yang dipilihnya. Aktiviti yang dipilih boleh boleh diulang pada waktu yang lain.
Antara tips lain :
- Buat aktiviti ketika anak nampak bersedia. Ia mungkin bukan pada waktu yang sama setiap hari.
- Elakkan struktur berlebihan untuk anak tetapi cuba konsisten.
- Ingat bahawa attention span anak sangat pendek. Dengan panduan dan tunjuk ajar, attention span anak boleh ditingkatkan.
- Hentikan aktiviti jika nampak anak sudah tidak berminat. Ulang pada waktu lain. Boleh ubah suai aktiviti di mana-mana yang perlu supaya sesuai dengan cara anak.
** olahan, ringkasan dan terjemahan dari buku Slow and Steady Get Me Ready oleh June R. Oberlander.
No comments:
Post a Comment