Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.

Tuesday, May 21, 2013

Bagaimana Menyediakan Kurikulum untuk Anak-anak?


BAGAIMANA UNTUK MEYEDIAKAN KURIKULUM UNTUK ANAK-ANAK?

Alhamdulillah saya telah selesai membaca bab 3 daripada buku Developmentally Appropriate Practice : Curriculum and Development in Early Education. Bab ini membincangkan bagaimana untuk merangka kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak yang bersesuaian dengan tahap perkembangan anak dan tidak ada unsur-unsur gesaan dalam proses pembelajaran. Bear in mind, bahawa kurikulum yang dimaksudkan di sini tidak sama dengan kurikulum yang ber-orientasikan akademik yang formal.
Buku ini sebenarnya untuk cikgu tadika, tetapi ia juga boleh diaplikasi oleh ibubapa dalam merancang aktiviti untuk anak-anak. Jadi di sini inshaa Allah saya akan kongsi secara ringkas bagaimana untuk membentuk kurikulum / aktiviti. Bab ini panjang dan saya tidak merancang untuk meletakkan semuanya di sini.

Sebuah kurikulum itu mesti termasuk :

  • -          Matlamat yang ditetapkan untuk perkembangan anak-anak serta pembelajaran (learning)
  • -          Experiences (aktiviti-aktiviti) untuk mereka mencapai matlamat yang ditetapkan
  • -          Peranan ibubapa dalam membantu anak-anak mencapai matlamat tersebut
  • -          Bahan-bahan yang diperlukan untuk membantu implementasi kurikulum
  •       Matlamat-matlamat tertentu yang telah ditetapkan untuk perkembangan serta pembelajaran anak-anak ini adalah untuk :
  • -          Mengembangkan hubungan membina yang positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain
  • -          Memupuk rasa percaya dan rasa selamat
  • -          Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah
  • -          Menzahirkan fikiran dan perasaan
  • -          Berfikir secara kritikal
  • -          Menambahkan keyakinan diri
  • -          Menghormati perasaan dan hak orang lain
  • -          Menggunakan kreativiti dan imaginasi
  • -          Belajar untuk bekerja bersendirian dan dengan orang lain
  • -          Mengembangkan kemahiran literasi, nombor, reasoning, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Domain-domain penting dalam perkembangan dan pembelajaran anak-anak :

  • -      Al-Quran dan Sunnah
  • -          Perkembangan fizikal dan kesihatan tubuh badan (status kesihatan fizikal, pengetahuan kesihatan dan praktis, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus)
  • -          Perkembangan social dan emosi
  • -          Eksperesi seni kreatif
  • -          Pendekatan terhadap pembelajaran (initiative, curiosity, persistence and attentiveness, cooperation)
  • -          Perkembangan bahasa
  • -          Kemahiran literasi (penghargaan terhadap buku, phonological awareness, alphabet knowledge, printed concepts, penulisan awal)
  • -          Logic and reasoning
  • -          Kemahiran matematik ( konsep nombor dan bilangan, hubungan di antara nombor, geometri, ruang, bentuk, ukuran dan perbandingan)
  • -          Sains (pengetahuan mengenai alam semulajadi dan dunia fizikal)
  • -          Kemahiran dan pengetahuan social (keluarga dan komuniti, sejarah dan events, people dan environment)

(goals untuk perkembangan anak-anak dan pembelajaran ini saya tak tahu mana nak dapat untuk di Malaysia. Kalau di US, mereka boleh print out goals yang telah ditetapkan oleh badan tertentu. Kurikulum yang dibina atas dasar DAP (developmentally appropriate practice) ini mengajar bagaimana untuk mencapai standard yang ditetapkan tetapi masih dalam tahap yang bersesuaian dengan tabi’i kanak-kanak. Ia bukan seperti kurikulum biasa yang dibuat oleh guru-guru. Untuk contoh standard pendidikan awal sila lihat di www.researchconnections.org. Malangnya kebanyakan standard yang ditetapkan tidak memberikan focus yang sama rata terhadap domain-domain yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kebanyakannya hanya member tumpuan kepada kemahiran akademik tanpa menekankan aspek social, emosi, kesihatan fizikal, dan ‘pendekatan terhadap pembelajaran’ seperti perasaan ingin tahu, persistence, dan fleksibiliti dalam pemikiran)

Integrated Curriculum

Apa itu integrated curriculum (kurikulum bersepadu) (IC)? Ia adalah kurikulum yang menggabungkan semua domain yang disebut di atas dalam satu2 aktiviti atau projek. Kurikulum bersepadu ini membuatkan anak-anak dapat membina meaningful connections tanpa perlu pengasingan yang dibuat-buat. Contoh : bahasa satu waktu, matematik lain waktu, sains lain waktu, social lain waktu.  IC membolehkan anak-anak berfungsi dalam setiap domain ketika mereka mengkaji sesuatu yang menjadi minat mereka. Antara kelebihan IC :

  • -          Membolehkan anak-anak mengaitkan pengalaman mereka ketika membuat aktiviti dengan pembinaan maksud di sebalik pembelajaran. Mereka belajar ilmu dan kemahiran melalui satu pengalaman yang bermakna dan bukannya belajar secara berasingan dan tidak membawa apa2 makna dalam kehidupan mereka.
  • -          Belajar sesuatu secara berasingan membuatkan anak-anak tidak Nampak bagaimana untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang luas. Contoh : belajar prinsip matematik melalui kelas matematik tidak membantu anak memahami kegunaan matematik dalam kehidupan seharian sebaliknya, memahami berapa banyak kad yang perlu dibuat untuk menjemput ibubapa untuk picnic merupakan satu permasalahan matematik yang relevan yang membenarkan anak-anak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam aktiviti seharian.
  • -          IC membolehkan anak belajar melalui satu2 aktiviti dalam blok masa yang besar (tempoh yang lama) daripada mereka terpaksa melalui transisi-transisi waktu yang terpecah-pecah apabila guru berpindah dari satu disiplin ilmu ke satu disiplin ilmu yang lain (cth : ok sekarang dah habis waktu bahasa, kita beralih ke matematik pula). Anak terpaksa memindahkan focus mereka secara fizikal dan mental boleh membuang masa dan mengganggu tumpuan.
  • -          Masa dan peluang untuk anak mendalami sesuatu aktiviti boleh berulang-ulang supaya proses pembelajaran sebenar berlaku dan anak dapat menguasai dengan baik tanpa cikgu merasa tertekan untuk menghabiskan silibus, yang mana boleh membuatkan anak digesa menyudahkan sesuatu topic untuk beralih ke topic baru. IC juga membolehkan anak menjadi self-motivated dan membina pengetahuan yang makin berkembang.
  • -          Internal motivation (motivasi dalaman) biasanya terhasil daripada penglibatan yang lama dalam sesuatu projek / aktiviti yang diminati anak.


  • KITARAN PERANCANGAN (THE CYCLE OF PLANNING)

Kitaran ini mengandungi :

  1. -          Mempelajari karakteristik setiap anak secara individual melalui proses pemerhatian (observation), regular note taking dan documentation.
  2. -          Refleksi terhadap observation dan menilai di mana kedudukan anak daripada matlamat yang telah ditetapkan.
  3. -          Mempelajari apa yang menarik minat anak dan perkara-perkara yang banyak difokus oleh anak.
  4. -          Menentukan strategi, bahan dan experiences yang boleh buat anak mencapai sasaran yang ditetapkan melalui aktiviti yang bermakna (meaningful).
  5. -          Memerhatikan outcomes untuk menilai keberkesanan pelan, menambah idea daripada pemerhatian dan penilaian.

Akan bersambung inshaa Allah bagaimana untuk membuat pemerhatian dan note taking yang sistematik, cara penilaian serta merancang strategi untuk anak move forward.

No comments:

Post a Comment