Books do something that a pile of toys on the floor doesn't do. If you have a two-year-old child, you are likely to say, "Go play." They toys are for the child But the book is clearly something that adults have to help children appreciate.Ya, saya sangat setuju. Anak tidak tahu apa seronoknya buku. Anak tidak tahu apa yang ada dalam buku. Yang mereka tahu ada gambar dan ada simbol-simbol yang tidak mereka fahami. Buku tidak sama dengan mainan. Mainan secara zahirnya memang menarik minat kanak-kanak. Tetapi tidak buku, buku adalah sesuatu yang ibubapa mesti bantu untuk anak-anak tahu mengenai keistimewaan buku dan apa yang buku boleh beri kepada kita.
Saya tak pernah memperkenalkan buku kepada A semasa dia kecil sebagaimana saya perkenalkan ia sekarang kepada A dan U. Mungkin hanya 2-3 bulan lepas kami mula membeli dan membaca buku bersama-sama. U lebih dahulu menunjukkan minat yang mendalam terhadap buku. Dia punya buku kegemaran, dia kenal buku ini tajuk ini dan buku itu tajuk itu (bila saya suruh dia cari), dan dia boleh membetulkan buku yang terbalik. Dia boleh menghabiskan masa 'membaca' buku seorang diri di dalam bilik mainan.
A; mesti dibacakan buku sebelum tidur. Siangnya banyak bermain dan sekali-sekala minta dibacakan buku. Tapi sejak 1-2 minggu yang lepas, rumah saya kurang bersepah dengan mainan tapi bersepah dengan buku. A mula membaca banyak buku. Lepas pulang dari KLIBF, dia mengeluarkan 9 buah buku bahasa arab yang saya belikan, datang duduk di atas riba saya dan berkata : "Ibu, bacakan semuaaaa ni."
Sekarang, saya akan siapkan semua kerja rumah dan memasak sarapan + tengahari seawal pagi yang mungkin sebelum anak-anak bangun. Untuk apa? Supaya saya 'free' untuk seharian membacakan buku pada anak-anak. Ini janji saya pada diri sendiri, saya akan berusaha selagi mampu untuk tidak menolak permintaan anak-anak membacakan buku untuk mereka. Kalau dah tak larat memang kena minta tolong Baba. We have to help them appreciate books!
No comments:
Post a Comment