Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.

Monday, April 22, 2013

This Week..

At last I had the chance to sit in front the PC and blog something fuhh! But I know this won't be long.

So, nothing much for this week. One thing that I noticed about A is that he's not playing very much this week. Really, I mean, he hardly takes out his toys or even makes a huge pile of 'rubble' and pretend to be a construction worker like he used to do. But, we've been reading A LOT of books together which I find uncommon for him. We did read together before but not this much. Subhanallah and alhamdulillah I like it, this mean that we have to buy more books. I'm trying to save some money by getting into baking action once more! :D

I'm planning to write a few article on why children throw temper tantrums, why children don't want to share, some more about read-aloud techniques, how to teach children coping with stress and so much more. But time time time.. where are you?? I will try my best inshaa Allah!


Thursday, April 18, 2013

"Read-Aloud"

"Read-aloud" adalah suatu aktiviti di mana ibubapa atau selain mereka membacakan buku untuk anak dengan suara yang kuat. Dulu, sewaktu saya masih kecil saya selalu melihat senario ini dalam cerita mat saleh. Ibu, biasanya, akan membacakan buku untuk anak sebelum mereka masuk tidur. Dan mereka juga membacakan buku untuk anak sejak anak mereka bayi lagi. Saya sangkakan ini hanyalah budaya/kebiasaan mereka. Tetapi rupanya, ia bukan sekadar budaya mahupun kebiasaan, bahkan ia adalah satu perkara yang sangat penting dalam perkembangan dan pendidikan anak-anak dan saya tidak menyedarinya sehinggalah beberapa bulan yang lepas ketika saya mula mengenali dunia "homeschooling".


Jika dalam masyarakat kita (setahu saya), biasanya ibubapa memulakan proses mengajar membaca ini dengan terus mengajar anak ABC dan membaca ketika umur mereka masuk 4-5 tahun. Ada yang bermula lebih awal lagi. Tetapi sebenarnya mengajar anak membaca dan memupuk minat membaca terhadap anak-anak adalah dua perkara yang sangat berbeza. Mengajar anak membaca tanpa memberi persediaan mental yang secukupnya dan memupuk rasa cintakan buku kepada anak tidak akan menjadikan anak itu seorang yang suka membaca. Anak anda mungkin boleh membaca seawal 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan seterusnya, tapi tanpa rasa cinta dan minat yang mendalam, mungkin aktiviti itu tidak berterusan. Biar bermula lambat asalkan proses itu berlanjutan sehinggalah kita meninggalkan dunia ini.

Sayang sekali, budaya ini tidak diamalkan oleh umat Islam walhal perintah pertama yang turun oleh Allah kepada Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam dan umatnya adalah perintah untuk membaca. Kita perlu membaca dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan antara tanda Pemurahnya dan luasnya rahmat Allah adalah dengan menyediakan pelbagai lapangan ilmu dan mengajarkan penulisan kepada manusia. Dengan penulisanlah tersebarnya sesuatu ilmu, dan penulisan tersebut tidaklah bermanfaat melainkan apabila ianya dibaca. 

Ada banyak buku yang ditulis oleh Barat mengenai "read-aloud"; faedah "read-aloud", cara membaca buku kepada anak bagi setiap peringkat, cara memilih buku yang sesuai dan banyak lagi. Saya teringat ketika saya bersembang dengan seorang kakak yang mengurut kaki saya (reflexology), "kadang-kadang orang kafir ni lebih menghargai nikmat yang Allah bagi berbanding dengan orang Islam sendiri". Dia menceritakan bahawa asal-usul reflexology adalah dari Mesir iaitu melalui lukisan di dinding. Tetapi orang kafir yang datang dan melakukan penyelidikan terhadap lukisan-lukisan tersebut selama lebih 30 tahun. Ini bukanlah memperkecilkan umat Islam tetapi hikmah-hikmah inilah yang kita sebagai orang Islam perlu ambil dan praktikkannya.

Ini satu buku yang saya beli mengenai read-aloud dan saya sangat tidak sabar untuk menghabiskannya!


Buku ini adalah mengenai cara membacakan buku untuk bayi sehingga umur 2 tahun. Dan saya suka untuk kongsikan sedikit dari buku ini; 10 faedah "read-aloud" :

1- "Read-aloud" mengasah kemahiran mendengar anak.

2- "Read-aloud" menambahkan perkataan yang anak dengar setiap hari.

3- "Read-aloud" mengembangkan daya fokus dan ingatan anak.

4- "Read-aloud" membantu anak mempelajari perkataan yang tidak biasa didengar dalam percakapan harian.

5- "Read-aloud" membantu bayi belajar untuk memahami makna sesuatu perkataan.

6- "Read-aloud" membantu bayi dan anak kecil belajar mengenai konsep tulisan (iaitu tulisan berkait dengan bahasa percakapan, dan simbol tulisan membawa maksud tertentu)

7- "Read-aloud" membantu bayi dan anak kecil belajar mendapatkan maklumat dari ilustrasi.

8- "Read-aloud" mengeratkan hubungan dan menenangkan anak dan juga ibu.

9- "Read-aloud" merangsang imaginasi dan deria anak.

10- "Read-aloud" memupuk minat terhadap buku dan belajar.

Ini pula adalah antara perkara-perkara asas dalam proses "read-aloud" :

1- Bayi yang baru lahir memerlukan persekitaran yang senyap ketika dibacakan buku. Ini untuk mengelakkan overstimulation dan stress kepada anak. Biar anak dengar suara ibu membaca buku sahaja tanpa bunyi gangguan yang lain.

2- Bayi baru lahir berasa tenang apabila mendengar suara ibu. Ini terpulang kepada ibu material apa yang mahu dibacakan kepada anak. Biasanya ia dimulakan dengan buku nursery rhymes. Ada juga yang membacakan kepada anak ruangan stock market dari akhbar kepada anak! Sebagai seorang Muslim sudah pasti membacakan Quran dan hadis Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam kepada anak adalah yang terbaik! Perhatikan reaksi bayi anda apabila dibacakan sesuatu kepadanya.

3- Pegang dan peluk anak apabila ibu membaca.  Ini sangat penting! Apabila anda membacakan buku kepada anak dalam keadaan anda dekat dengannya dan memeluk dia, ini bermakna pada waktu ini anda membina hubungan yang erat dengannya dan memberikannya kasih-sayang dan perhatian. Suasana yang positif akan memberi anak isyarat bahawa membaca buku adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana anak akan berada dalam pelukan dan mendapat perhatian ibu. Anak mana yang tidak disuka diberi perhatian lebih-lebih lagi oleh ibu kan?

4- Apabila memilih buku, biarkan anak yang memilih. Momen membaca menjadi suatu saat yang sangat menggembirakan anak kerana dipeluk ibu dan dibacakan cerita kegemarannya. 

5- Mula membaca dari mana-mana muka surat. Anda tidak semestinya menghabiskan satu-satu buku, atau mula membaca dari muka surat pertama. 

6- Anda tidak perlu membaca semua perkataan dalam satu-satu buku. Biar anak tentukan muka surat mana yang anak suka, bacakan dengan gaya suara yang anak suka, dan berapa lama untuk membaca satu-satu muka surat. Paling penting pada tahap ini ialah mendengar, memerhati dan mengikut petunjuk (cue) anak.

7- Pembacaan yang berulang bagus untuk perkembangan bahasa anak. Sila bertahan jika anak anda meminta anda membaca buku yang sama berkali-kali (walaupun beratus-ratus kali). Ini kerana anak menyerap sesuatu tidak sama seperti orang dewasa. Sedangkan kita orang dewasa pun, sekali dengar kadang-kadang tidak dapat menangkap jalan cerita, inikan pula anak kecil. Anak akan belajar perkara yang berlainan setiap kali dibacakan buku walaupun buku yang sama.

8- Gunakan "parentese" ketika membacakan buku atau bercakap dengan anak. Inshaa Allah saya akan kongsikan kemudian apa itu "parentese".

Jika anda tidak mula membacakan buku kepada anak ketika dia masih bayi, inshaa Allah masih belum terlambat. Saya mula membacakan buku untuk Abdullah beberapa bulan yang lepas. Setakat ini saya sudah nampak minatnya terhadap buku (tapi di rumah tiada TV dan akses video untuknya).

Hmm.. setelah mengetahui sedikit sebanyak mengenai "read-aloud", pernahkah anda terfikir untuk "read-aloud" pada anak al-Quran dan hadis-hadis Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam? Mengapa tidak gunakan metod yang sama untuk memupuk rasa cinta anak terhadap Kalam Allah dan Sunnah Rasul shallallahu 'alayhi wa sallam? 

Inshaa Allah berjumpa di post lain! Selamat membaca untuk anak-anak, para ibu!

Wednesday, April 17, 2013

What We Did Today?

Alhamdulillah for another blessed day. We just came back from Keramat so I didn't prepare much for the kids. But alhamdulillah this child-led approach really helps me and of course the kids too subhanallah! Most of the times, I don't have to prepare anything for them as they can choose and create their own task and feel more successful if they complete the task that they have chosen with a little help from me (read the link I've blogged about working with the zone of near development).

Early in the morning, after A woke up and still not bathed yet, he took out his Iqra' book (not al-Furqan - the one that I'm currently using to teach him). He has not finished Iqra' 1 yet but instead he took Iqra' 2 mashaa Allah. As much as I want him to get into the bathroom and bathe him first, I know I must not stop him because he's the one who willingly wants to read it. Subhanallah I guess we have spent like 30 minutes on this and he managed to read the first page of Iqra' 2 alhamdulillah all praise be to Allah.

I truly learnt a great lesson from the books that I've read especially Glen Doman's book - How to Multiply Your Baby's Intelligence; on this particular case on how to teach your child. Even though I'm not very keen on his approach of teaching children but I tried so much to open up my heart while reading this book so that I could learn new things. And I did alhamdulillah! The greatest benefit that I gained from this book is that children loves to learn new things soooo much (yes I admit it!) BUT (BUT!) do not TEST them. Do not ever test them! If they tell you they don't know, do not keep asking them to guess or to give it a shot. If they say they don't know just continue to tell them what the sound is (in this case I'm teaching Iqra' to my son). To test them means to show them that they are failing (because they might answer it wrongly) and this will demotivate them.



OK well, as for U, today I found out that she's able to play with this wooden stacker classic toy and managed to stack the rings on the rod even if she still couldn't stack them according to the sizes. I bought this maybe a month ago and at that time she found the task was too difficult for her. But I keep showing her the toy, she kept exploring them and today she finally did it alhamdulillah. She was so much pleased that she can complete the task and kept doing for like.. 10 times I guess. This toy promotes hand-eye coordination and fine motor skills. She's learning and improving mashaa Allah.

And in the evening, we went to the playground in our neighbourhood. This was U's first appearance toddling around the park. And.. A's first time (at least in front of me) joining in for cooperative play (main kejar-kejar) but he's still not very much included and they called him 'anak bulan' - because he's just learning the new rules and still can't focus well on the game. So I can see the things that I've read from Ellen Galinsky's book - Mind In The Making what A needs to play the game; self-focus (focusing on the game and not any other things around him), working memory (remembering the rules of the game), cognitive flexibility (shifting his attention from one person to another while he is chasing them), and inhibitory control (when he has to switch his function from being chased to the chaser or if he's the chaser then he must inhibit the strong inclination to give up chasing). Subhanallah, so many things to work on my son, may Allah help us.




Alhamdulillah for another good day..

When I'm Feeling Jealous


Alhamdulillah we bought another book from the "When I'm Feeling..." series. There were many titles from the shelf; "When I'm Feeling Happy", "When I'm Feeling Sad", "When I'm Feeling Loved", "When I'm Feeling Jealous". I asked my son to pick one and he chose "When I'm Feeling Jealous"! I just can't wait to see what title he will choose the next time we are coming back to these series to pick another one. I guess right now he's trying to figure out his own negative feelings (and the positive ones also). What are they? How to cope with them? Mashaa Allah books are good way to teach him about those. I can say that he really likes this kind of books that reflect his every day's feelings because he keeps coming to me and asks me to read these books for him.

Tuesday, April 16, 2013

Super Baby - Dr. Jenn Berman

alhamdulillah saya telah selesai membaca buku ini. cuma ada 3 bab yang saya sengaja tinggalkan kerana ia masih belum dalam lingkungan interest saya. inshaa allah i will come back to this book when the time comes. saya sangat mencadangkan para ibubapa untuk membaca buku ini.

this book is not about raising superbabies; it's not about how to teach your babies how to read, count, spell, or make your baby a genius. it's about raising parents' consciousness.

sedikit ringkasan mengenai bab2 yang telah saya baca :

bab 1 : bagaimana untuk mewujudkan komunikasi dan interaksi yang didasari kepercayaan dan rasa hormat dengan anak anda (even whe he's still a baby!)

bab 2 : bagaimana untuk mewujudkan bonding yang baik dengan anak dan membina kebolehan ibubapa untuk memberi respon yang bertepatan dengan kehendak anak? dan mengapa kebolehan untuk membaca cue dari anak adalah penting.

bab 3 : bagaimana jadual boleh memudahkan hidup anak anda dan anda sendiri sebagai ibubapa.

bab 5 : cara untuk develop bahasa dan percakapan.

bab 6 : sign language; mengapa ia satu kelebihan untuk mengajar anak sign language?

bab 7 : cara untuk mengajar anak bilingual (atau lebih).

bab 8 : bab khusus mengenai buku dan bayi. cara membacakan untuk bayi; bagaimana memilih buku yang baik, buku apa yang patut dijauhi dan lain-lain.

bab 9 : anak dan bermain. kenapa bermain adalah penting untuk kanak-kanak? dan mainan apa yang sesuai untuk setiap peringkat umur (0-3 tahun).

bab 10 : kenapa TV berbahaya untuk kanak-kanak (even if it's "educational") dan cara untuk menguruskan/mengajar anak seharian tanpa perlu kepada TV (atau screen).