Saya cuba untuk study beberapa blog yang berkaitan yang saya temui, antaranya blog : A Muslim Child is Born. Blog ini hanya memberi idea dan sumber untuk download aktiviti-aktiviti yang dibuat bersama anak dan saya masih samar-samar apa sebenarnya homeschool dan bagaimana ia beroperasi. Sehinggalah saya terjumpa satu blog; Raising Sahabas. Saya kerap mengikuti perkembangannya serta hampir sudah membaca kesemua entrinya. Dan kini alhamdulillah saya mendapat gambaran yang HAMPIR menyeluruh apa itu HOMESCHOOL.
Subhanallah, Allah izinkan saya menemui perkara-perkara ini tepat pada masanya. Masa yang mana Abdullah sudah masuk 3 tahun; sangat bertenaga dan mula menunjuk minat untuk tahu semua benda! Saya meneruskan pencarian mengenai homeschool ini. Ketika Abdullah di kampung selama seminggu, saya menggunakan waktu ini untuk membaca seberapa banyak yang saya mampu mengenai homeschooling. Masha Allah! Dari tak tahu kepada.. hampir overloaded dengan maklumat mengenai homeschooling.
Apabila saya membaca blog-blog para ibu (kebanyakannya di UK) mengenai HS, saya sangat kagum dan mereka sangat-sangat memberi inspirasi kepada saya bahawa ibu adalah guru terbaik untuk anak. Dan bukan sesuatu yang mustahil untuk seorang ibu mengajar HAMPIR semua perkara kepada anaknya. Teori ini memang telah kita maklumi, iaitu segalanya bermula dari rumah - ibu adalah guru terbaik anak dll.. tetapi kita di Malaysia mungkin kurang terdedah mengenai HS dan sudah terbiasa dengan budaya menghantar anak ke sekolah sehingga adanya persepsi-persepsi yang mengatakan anak tidak akan belajar apa-apa jika tidak ke sekolah.
Saya sangat sarankan kepada para ibu untuk membaca dan mengikuti penulisan ibu-ibu yang menjalankan HS di UK / US ini. Subhanallah betapa 'besarnya' dan banyaknya seorang ibu boleh lakukan kepada anak-anak. Jika anda menghantar anak ke sekolah sekali pun, anda masih boleh lakukannya. Homeschooling is all about guiding your children, getting connected to them and preparing them to lead the life.
Beberapa ketika setelah membaca sekian banyaknya artikel dan blog post mengenai homeschooling, saya mula terfikir satu perkara; mengenai hafazan al-Quran. How can I do it at home? Maybe I should send to him to school also? Subhanallah, tak lama selepas itu, saya jumpa satu blog - Ummi Homeschools Me - yang berkongsi bagaimana dia menyelia anaknya menghafaz al-Quran yang ketika ini berusia 8 tahun dan dia menyasarkan anaknya akan hafal keseluruhan al-Quran pada umur 10 tahun. Sekali lagi, saya kagum dan bersemangat. Insha Allah, if she can do it, I can do it too with the help and guidance from Allah Subhana wa Ta'ala.
Now here I am, feeling excited to embark this whole new experience together with my children. Inshaa Allah I'll try to keep this blog updated as there is so much more that I would like to share with the readers (if any hehe).
No comments:
Post a Comment