Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.
Showing posts with label Second Language. Show all posts
Showing posts with label Second Language. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Bilingualism

Inshaa Allah di sini saya ingin kongsikan tips Dr. Berman bagaimana untuk mengajar anak bahasa kedua.

Jika ibubapa biasa berkomunikasi hanya dalam satu bahasa sahaja, biasanya mencari jalan untuk integrate bahasa kedua dalam kehidupan seharian adalah sesuatu yang agak mencabar. Berdasarkan satu laporan, bagi membolehkan ibubapa menyesuaikan diri untuk menggunakan bahasa kedua di rumah (secara konsisten) untuk mengajar anak, ianya boleh mengambil masa empat ke enam minggu. Jadi, jika kita dapati ianya agak susah untuk mula berbahasa asing dengan anak, maka jangan risau kerana setiap adjustment memang kadang-kala memakan sedikit masa. 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dipraktikkan di rumah :


  1. Membina interaksi yang bermakna dengan anak dalam bahasa tersebut.  Gunakan bahasa tersebut dengan anak dan cuba bercakap dengannya mengenai sesuatu yang dia minati. Gunakan juga bahasa yang sesuai dengan peringkat perkembangannya dan cuba sehabis baik untuk menyasarkan kuantiti berbanding kualiti. Untuk seorang kanak-kanak itu menguasai bahasa kedua, dia memerlukan pendedahan yang lebih.
  2. Pastikan ia adalah menyeronokkan! Cuba untuk bercakap sesuatu yang dia minati dalam bahasa tersebut dan ikut petunjuk anak mengenai apa yang dia mahu lakukan ketika itu. Cuba guna bahasa kedua ketika bermain.
  3. Banyakkan membaca! Buku ialah salah satu alat untuk menguasai bahasa kedua yang paling berkesan.
  4. Galakkan anak untuk berbual dalam bahasa kedua. Bila anak bercakap dalam bahasa itu, beri respon positif dan galakan. 

6 PENDEKATAN UNTUK BILINGUALISM

Setiap satu approach ini mempunyai pros dan cons nya.

  • One-parent-one-language : Ibu guna bahasa pertama dengan anak, manakala ayah guna bahasa kedua; secara konsisten
  • One-caregiver-one-language : Seorang penjaga kepada anak bercakap dalam target language (bahasa yang ingin dipelajari)
  • Minority language at Home : Seluruh keluarga bercakap bahasa kedua di rumah.
  • Time and Place Strategy or Mixed Language Strategy : Keluarga menggunakan target language dalam keadaan/masa/tempat/aktiviti/ritual yang telah ditentukan. Contoh : Cakap English sahaja ketika di meja makan / di rumah datuk dan nenek.
  • Trilingual Strategy : Keluarga bercakap dalam tiga bahasa : Emak cakap English dengan anak, ayah cakap bahasa melayu dengan anak, mak dan ayah cakap bahasa arab antara satu sama lain (bahasa yang mereka gunakan ketika bertemu sebelum berkahwin)
  • Non-native strategy / artificial strategy : 2 orang yang memang asalnya bercakap bahasa Inggeris mewujudkan situasi-situasi yang memberi pendedahan kepada bahasa tersebut. Contoh : upah tutor bahasa, buat playgroup yang di-conduct dalam bahasa itu, merancang percutian ke tempat yang memang hanya menggunakan bahasa tersebut, berpindah ke negara lain.
PERINGKAT PEMBELAJARAN BAHASA ASING

Peringkat 1 : Testing - Anak akan cuba menggunakan bahasa pertama dan mendapati bahawa bahasa tersebut 'tidak berkesan' dalam atmosfera yang baru. 

Peringkat 2 : The Silent Period - Anak tidak banyak bercakap seolah-olah anak tidak belajar apa-apa daripada bahasa itu. Sebenarnya, waktu ini adalah waktu pembelajaran paling aktif kerana anak mendengar dan mempelajari bunyi bahasa yang baru.

Peringkat 3 : Formula Usage - Anak cuba menggunakan beberapa ready-made formulas dan frasa dan dia akan gunakan sebanyak mungkin. Ini dinamakan stepping-stone. (dalam kes anak saya, bila saya cakap english dengan dia, dia hanya akan cakap yes, no sahaja dan 'how many')

Peringkat 4 : Productive Use - Anak akan mula menggunakan bahasa baru dengan produktif walaupun tidak sempurna.


Untuk mengembangkan kefasihan anak bercakap dalam bahasa kedua, kajian menunjukkan kanak-kanak yang didedahkan dengan bahasa tersebut sebanyak 20% daripada masa jaga mereka, boleh membina vocabulary yang produktif.

Pelan dan Audit

Beberapa yang perlu diingat :

  1. Ambil langkah sedikit demi sedikit. Matlamat yang kecil dan mudah dicapai akan membantu untuk memotivasikan kita.
  2. Jadikan pelaksanaan target language itu sebagai suatu keutamaan dalam keluarga dan pastikan anak anda juga sedar akan hal ini.
  3. Pastikan pasangan anda juga turut serta dalam usaha ini.
  4. Beri galakan dan sokong pasangan anda untuk belajar target language.
  5. Tentukan siapa yang akan bercakap target language (mak atau ayah) dan bila ia akan digunakan.
  6. Konsisten. Menetapkan ritual dan pattern membuatkan lebih mudah untuk anda tetap dengan pelan asal.
  7. Cari back-up untuk bahasa kedua ini. 
  8. Sentiasa bersedia untuk menilai semula pelan anda dan ubah pendekatan berdasarkan perubahan dalam hidup anak (ini jika perlu)
  9. Jangan pandang ke belakang. Gunakan ilmu ini untuk bergerak ke hadapan.
  10. Pastikan ia sesuatu yang menyeronokkan.
Untuk membuat penilaian yang teliti dan spesifik, apakah anak anda mendapat pendedahan yang secukupnya untuk mempelajari target language, maka Dr. Berman mencadangkan anda untuk membuat audit bahasa secara mingguan. Sediakan jadual seperti ini untuk seminggu (Isnin - Ahad) dan waktu dari mula anak anda bangun sehingga dia masuk tidur. Satu kotak khas untuk setiap 1 jam.


Penggunaan bahasa yang aktif (ini adalah yang paling bermakna dan berkesan) : Berlaku melalui interaksi dengan orang dan memerlukan skil tertentu seperti mendengar, bercakap dan bergerak; seperti : bersembang, menghadiri play date, pergi ke kelas bahasa, membaca buku, bermain, ketika sedang mandi.

Penggunaan bahasa yang pasif adalah mendengar sahaja tanpa yang lain : Contoh - menonton pertunjukan puppet, mendengar CD, menonton TV.

Adalah sangat penting untuk kita ingat bahawa cara terbaik untuk anak menggunakan sesuatu target language itu adalah dengan membina interaksi yang bermakna dan menyeronokkan dengan anak dalam bahasa tersebut. Elakkan membuat peraturan yang rigid atau anak mungkin anak akan keberatan untuk menggunakan target language.

Ini adalah contoh audit yang dibuat oleh Dr. Berman :


(minta maaf ya saya tak tahu kenapa gambar ni jadi senget macam ni pula)

Anak beliau berjaga 10 jam sehari (12 jam tidur malam dan 2 jam nap). Dalam seminggu anak beliau mendapat pendedahan bahasa Sepanyol sebanyak 7 jam 20 minit dan ini bermakna 10% daripada keseluruhan waktu jaga anak dalam seminggu.  Semua interaksi yang dijalankan adalah berbentuk aktif. 

Selepas membuat audit ini, anda boleh mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan yang perlu dibaiki. Dan langkah yang seterusnya adalah untuk menetapkan matlamat yang baru. Contohnya, ini adalah gol baru yang diset :

- buat masa ini beliau hanya membaca 2 buku spanish untuk anak. dan kini, matlamat baru adalah membaca 3 buku.

- beliau ingin menambahkan lagi pendedahan bahasa secara pasif; pasang CD yang menggunakan bahasa itu.

- beliau mahu memberikan komitmen yang lebih untuk bercakap bahasa sepanyol ketika waktu makan malam.

UNTUK MENCAPAI 20%

Ini adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendedahan anak terhadap target language. 


  1. Cerita apa yang sedang anda lakukan dalam bahasa target (L2).
  2. Cakap dengan kuat apa yang anda fikirkan dalam L2 (supaya anak dengar).
  3. Mulakan playgroup menggunakan L2.
  4. Cipta masa one-to-one dengan anak dan cakap dalam L2.
  5. Main permainan khas yang mana anda hanya akan bercakap L2 ketika bermain permainan itu.
  6. Bila anda membuat panggilan ke rumah, bercakap dalam L2.
  7. Cari story hour dalam L2 di perpustakaan atau kedai buku.
  8. Beli buku kanak-kanak dalam L2.
  9. Rancang masa khas bersama keluarga atau kawan yang bercakap dalam L2 dan galakkan anak menggunakan bahasa itu.
  10. Cari guru bahasa L2.
  11. Cari babysitter yang bercakap hanya dalam L2.
  12. Hantar anak yang menggunakan dwibahasa.
  13. Rancang percutian untuk mendedahkan anak dengan L2.
  14. Cuba set up family language camp.

MOTIVASI DAN HALANGAN

Menunjukkan sikap yang positif adalah sesuatu yang sangat penting untuk menggalakkan anak anda menggunakan L2. Antara cabaran terbesar ialah anak tidak mahu bercakap dalam L2. Ini ada beberapa cara untuk respon :

  • Buat seolah-olah anda tidak faham melainkan L2. Pastikan anak tahu pelan baru yang anda tetapkan supaya dia tahu apa yang boleh dijangkakan.
  • Tanya anak anda menggunakan kedua-dua bahasa.
  • Code switch dengan anak. (code switch bermakna : menggunakan bahasa campur, contoh : "abdullah nak milk tak?") (Dr. Berman ada menulis sedikit mengenai code switching ni inshaa Allah saya akan berkongsi di post lain)
  • Ulang ayat anak dalam L2.
  • Minta penjelasan daripada anak dalam L2.
  • Teruskan bercakap L2 tanpa menyentuh isu asal.
  • Gunakan penyataan "Saya". Contoh : Ibu rasa sangat seronok kalau Abdullah jawab soalan Ibu dalam bahasa Inggeris/Arab.
  • Jadikan bahasa itu istimewa dengan mengatakan betapa "dah besarnya" anak apabila dia bercakap dalam bahasa itu.
Selamat mencuba!

Friday, March 15, 2013

Eight Target Language Reading Tips

Berikut adalah beberapa tips yang diberikan oleh Dr. Jenn Berman dalam bukunya 'SuperBaby'; bagaimana untuk membacakan buku kepada anak untuk mengajar dia bahasa kedua (atau ketiga dsb). Alhamdulillah tips ini telah menjawab persoalan saya bila mana anak saya tidak menunjukkan minat ketika saya membacakan buku bahasa inggeris kepadanya, dan dia kerap meminta saya untuk membacakan buku tersebut dalam bahasa melayu. Sedangkan maksud asal kita adalah untuk mendedahkan anak dengan bahasa lain.


  • Start with simple board books at your child's level. If you are not a native speaker, you can use these book to gauge your own language growth.
  • Choose books with lots of interesting pictures. The more interested your child is in the images, the more likely she is to pay attention to the words you are reading.
  • Find books that reflect your child's interest. If she likes garbage trucks, get books in the language about garbage trucks, If she likes bicycles, get books about bicycles. (This is particularly true. One of the reason why my son always asks me to read English books in Malay is because he is not interested with the topic. If he does not like the topic and the pictures, of course he wants to, at least, understand the story which I have to read it in Malay. But if I read a book about cranes or other building machines that he loves soooo much, he will definitely let me read in English as he still can try to understand it through the pictures).
  • Talk about the book in the language as you read. Occasionally stop and share your observations in the language (e.g., "That is a blue flower. I have never seen a blue flower").
  • Get books that your child is already familiar with in the second language. Books by authors like Todd Parr, Sandra Boynton, Eric Carle, Margaret Wise Brown, and even Dr. Seuss all have been translated into multiple languages.
  • Make reading a connected positive experience. Curl up with your child and a book, create a reading ritual that you can share, and have fun book time together. Make sure you do not try to teach as you read; just have fun enjoying the pictures, words and languages.
  • Let your child pick the book. Give your child a basket of books in the target language and let her pick which one she wants to read.
  • Keep the language books in accessible, child-friendly place. Children who have constant access to books develop the habit of turning to them for entertainment.