Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.

Tuesday, March 12, 2013

Seize the Teachable Moments

Bagaimana anda mengajar anak untuk memahami al-Quran dan Sunnah serta mempraktikkannya?

Untuk diri saya sendiri, saya mendapati cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan mengambil peluang-peluang yang datang iaitu ketika anak itu bertanya sendiri kepada saya. Ketika ini perasaan ingin tahu anak sangat tinggi dan ia umpama satu keperluan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa. Tetapi sebelum anak anda boleh bertanya, ibubapa mestilah selalu menyebut istilah-istilah yang berkait dengan agama seperti Allah, Nabi Muhammad shallallahu 'alayhi wa sallam, pahala, dosa, syurga, neraka, para sahabat, hadith, dan lain-lain. 

Anak sulung saya mula bertanya kepada saya mengenai Allah ketika umurnya lebih kurang 2 tahun setengah. Ketika itu saya sedang salin pampersnya. Dia bertanya, "Ibu, Allah ada muka tak? Allah ada tangan tak? Allah ada mata tak?". Apabila anak mula bertanya soalan beginilah, saya tahu, inilah masa yang sesuai untuk mengimplementasikan al-Quran dan Sunnah kepadanya. Jawapan kepada soalan-soalan sebegini tidak boleh dijawab dengan logik akal tetapi hanya al-Quran dan Sunnah sahaja yang boleh menjawab persoalan ghaib sebegini. Ini akan membuatkan anak tahu bahawa isi al-Quran dan Sunnah mendahului atau mengatasi kata-kata ibu, kata-kata baba dan kata-kata manusia lainnya.

Soalan anak saya di atas saya jawab dengan membaca ayat ke-10 dari surah al-Fath yang mana dalam ayat itu Allah ada menyebut "tangan Allah".. tetapi kita sebagai manusia tidak tahu bagaimana rupa bentuk tangan Allah. Lantas saya membacakan pula ayat ke-11 dari surah al-Syura yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu pun yang seumpamaNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Dan dari situ bermulalah quest Abdullah untuk cuba memahami agama dengan semampunya. Dan saya sebagai ibu mesti berusaha untuk menyediakan jawapan yang mudah untuk dia fahami di kala dia bertanya demi memenuhi haknya untuk mempelajari dan memahami agamanya. Subhanallah, betapa mudah dan fitrahnya agama kita! Setakat ini, setiap soalan anak yang saya jawab dengan ayat Allah dan perkataan RasulNya shallallahu 'alayhi wa sallam memang benar-benar menenangkan dia dan memenuhi fitrahnya dan tidak pernah pula dia bertanya kembali melainkan ada perkataan yang dia tidak fahami. Subhanallah budak sekecil 3 tahun pun boleh memahami agama.

Pernah di suatu pagi sejurus selepas bangun tidur, saya ada menyebut mengenai neraka (apabila seseorang melakukan dosa sekian sekian) dan dia bertanya, "Neraka tu apa Ibu?" Kami berdua bergegas ke perpustakaan mini kami dan yang sempat saya capai adalah kitab Sunan al-Tirmizi dan di dalamnya terdapat Kitab Sifat Neraka. Saya membaca salah satu hadis yang menyebut mengenai ciri-ciri neraka dan dia sangat teruja apabila mendengar namanya disebut dalam kitab berbahasa Arab itu. Sahabat yang meriwayatkan hadis tersebut adalah Abdullah bin Mas'ud. Inshaa Allah cadangan saya adalah untuk mengajar dia sifat-sifat neraka yang dikumpul dari ayat-ayat al-Quran dan Sunnah serta sifat-sifat syurga. 

Beberapa hari yang lepas, kami sekeluarga berhenti makan, solat dan membeli sedikit barang rumah di Setia City Mall. Kami ada lalu di hadapan sebuah restoran yang menghidang arak dan tersusun botol arak di dalam peti sejuknya. Saya yang sedang memimpin Abdullah ketika itu berhenti di depan kedai tersebut dan saya beritahu, "Abdullah nampak tak botol tu? Itu namanya arak. Minuman tu haram, kita orang Islam tak boleh minum." Dan saya membaca ayat 90 dari surah al-Maidah. Sehingga hari ini, topik pertanyaan Abdullah masih berkisar mengenai arak dan dia kerap meminta saya membaca semula ayat dari surah al-Maidah tersebut. 

Kisah-kisah di atas adalah beberapa contoh teachable moments yang boleh direbut oleh ibubapa untuk mengajar anak mendengar, memahami, dan mempraktikkan al-Quran dan Sunnah. Al-Quran bukan sekadar untuk dihafal dan dibaca tetapi ia adalah sebagai panduan buat orang-orang yang beriman.

Saya bersyukur kerana Allah telah menetapkan saya untuk mempelajari sekelumit daripada ilmu al-Quran dan al-Sunnah yang sangat luas. Wanita di rumah masih boleh berdakwah tanpa keluar kerana anak-anak juga adalah mad'uu (orang yang didakwahi) bahkan merekalah mad'uu kita yang terpenting kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah yang akan disoal kelak. 

Saya berdoa kepada Allah agar terus diberi petunjuk dan taufiqNya dalam mendidik anak-anak membaca dan memahami al-Quran dan Sunnah. Sesungguhnya memang kita tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan dariNya. Saya juga berdoa agar budaya ini akan berterusan sehingga ke anak cucu.

6 comments:

  1. maashaallah..barakillah.. setuju.. namun saya kurang bersetuju dengan pernyataan yang berikut;"Wanita di rumah masih boleh berdakwah tanpa keluar kerana anak-anak juga adalah mad'uu (orang yang didakwahi) bahkan merekalah mad'uu kita yang terpenting kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah yang akan disoal kelak."

    Wanita di zaman ini perlu juga keluar rumah untuk berdakwah kepada wanita wanita yang lain.. jika kita tidak berdakwah kepada wanita2 di luar sana, siapa yang akan mendakwahi mereka.. mereka akan berkahwin dan melahirkan zuriat2..jika ibu2nya solehah, maka zuriat2nya juga soleh dan solehah..maka masyarakat semuanya menjadi soleh dan solehah.. dan begitulah sebaliknya..

    ReplyDelete
  2. ahlan wa sahlan barakallahu feek ukhti. pernyataan saya itu adalah sebagai menyangkal sebahagian tanggapan orang bahawa wanita yang tinggal di rumah ini tidak berdakwah kepada orang lain dan tidak pula melakukan apa2 dalam usaha menyampaikan agama.

    saya tidak kata wanita TIDAK BOLEH keluar rumah untuk mengajar atau menuntut ilmu cuma saya hanya nyatakan bahawa kerja dakwah masih boleh dilakukan walaupun dari rumah tanpa wanita mengorbankan tugas dan tanggungjawab hakiki wanita.

    dan jika hendak keluar juga menyampaikan dakwah, maka fatwa ulama' semua dengan jelas menyebut boleh keluar dengan syarat tidak menjejaskan kewajipan sebagai isteri dan tidak menjejaskan hak anak dan suami serta tidak dijadikan itu sebagai kerja utama kerana Allah dengan jelas menyebut dalam surah al-Ahzab : "..dan tinggal tetaplah kamu di rumah..". Allahu'alam.

    Dakwah itu bukanlah KELUAR menyampaikan agama. Dakwah itu adalah menyampaikan isi al-Quran dan Sunnah seperti maksud firman Allah : "...hendaklah kamu terangkan isi Kitab kepada manusia dan jangan kamu sembunyikan..." (ali-'imran : 187) Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara tak kira di mana dan tak kira masa :)

    ReplyDelete
  3. Kalau ibu tak hafal ayat Quran/hadis atau tak tahu mana2 ayat yang berkaitan dengan soalan anak macam mana ya? Apa respon yang perlu ibu beri semasa anak bertanya? "Nanti ibu cari jawapan dulu." Boleh ke? Anak saya belum masuk fasa bertanya lagi.

    ReplyDelete
  4. kalau dalam hal aqidah sebaiknya baca dari sekarang supaya mak boleh feed terus curiousity anak waktu tu. sbb aqidah adalah sesuatu yang mesti kita nurture pd anak. kalau hal2 lain, inshaa Allah blh cakap kat anak, nnt cari jawapan dulu. baca buku atau bertanya pd yg tahu.

    ReplyDelete
  5. ukhti boleh baca aqidah ahli sunnah wal jamaah oleh yazid abd qadir jawaz.

    ReplyDelete