Quote

Every moments that I spend with my children is a blessing from Allah. Inshaa Allah I will try to stick around as long as I could through out their childhood, loving and guiding them all along the way. Hopefully they will remember me, their only mother, when they lead their own life.

Wednesday, May 14, 2014

Ciri-ciri peraturan yang baik

Soalan biasa yang sering kali ditanya oleh ibubapa : macam mana untuk buat anak dengar cakap? Kenapa anak kerap langgar expectation (rules) ibubapa pada mereka? Ibu suruh share, tak mahu share, ibu suruh masuk tidur, dia main lagi, ibu suruh mandi, dia menangis berguling-guling tak mahu, ibu suruh makan duduk dia buat tak tahu ja, ibu suruh berhenti tengok video dia marah-marah, ibu suruh mengaji dia kata penat etc.

Mistaken behavior anak-anak boleh berlaku atas beberapa sebab :

1- anak tidak pasti apa maksud peraturan/expectation tersebut
2- anak tidak pasti bagaimana nak ikut peraturan tersebut
3- anak tidak tahu apakah perlakuan yang sesuai untuk menggantikan mistaken behavior-nya
4- anak tidak ada kemampuan untuk mengikut peraturan tertentu. (tak sesuai dengan tahap perkembangannya pada waktu itu)
5- anak fikir peraturan itu tidak masuk akal.
6- anak tidak ada benefit/kepentingan bersama pada peraturan tersebut.
7- anak dapat benefit dari kelakuannya yang negatif itu.
8- anak dapat mesej yang bercampur-aduk mengenai kepentingan sesetangah peraturan.
9- anak hendak menguji ibubapa untuk melihat sejauh mana ibubapa boleh bertolak-ansur dengan mereka.

Tahukah ibubapa bahawa peraturan/expectation yang baik itu ada ciri-ciri tertentu. boleh jadi anak kita berkelakuan negatif atau defy kita kerana peraturan yang tidak di-warrant dengan betul.

1- peraturan mesti reasonable; iaitu peraturan yang anak mampu untuk ikut. Mampu bermaksud anak boleh melakukannya secara fizikal dan ada pengetahuan mengenai perkara itu. Jadi dalam hal ini, ibubapa perlu tahu tahap perkembangan anak, pengalaman anak yang lepas, kemampuan mereka pada waktu tersebut dan jenis tugasan yang perlu dilakukan. Antara contoh peraturan yang tak reasonable ialah ibu expect anak untuk kemas dan simpan mainan macam dia kemas.

2- peraturan mesti memberi benefit kepada anak. Ia mesti mempunyai long-term benefit kepada perkembangan anak, bukan saja ibubapa. Contoh peraturan yang tidak memberi benefit kepada perkembangan anak ialah kanak-kanak mesti diam sepanjang waktu makan. Ini hanya beri benefit kepada adults supaya adults boleh enjoy makan dengan tenang tapi tidak untuk anak; kerana anak-anak kecil memang banyak bercakap sesuai dengan perkembangan mereka. Yang sepatutnya adalah memberikan limitations iaitu bercakap ketika makanan sudah habis dikunyah (contohnya).

3- peraturan mesti definable. Definable bermaksud anak dan ibubapa mempunyai kefahaman yang sama mengenai maksud peraturan itu. Peraturan yang baik itu diberikan detail yang cukup. Kadang-kadang sesetengah peraturan boleh jadi mengelirukan bagi kanak-kanak. Contohnya, "Main elok-elok", "Kamu baik-baik la, jangan macam ni", "Hormatlah, tak baik macam tu." Ini contoh peraturan yang samar-samar. Bagi anak kecil, mereka mungkin sudah usaha untuk comply tapi boleh jadi kecewa kerana usaha mereka masih tidak capai standard mak kerana tidak faham bagaimana yang dikatakan main elok-elok, beradab etc.

4- Peraturan mesti positif. kanak-kanak sangat berjaya dalam mengikuti peraturan yang positif yang menyuruh mereka MELAKUKAN sesuatu instead of MELARANG mereka melakukan sesuatu (JANGAN). Lebih mudah untuk anak respon apabila mereka diberitahu "Letak tangan kamu dalam poket" instead of "Jangan tolak orang", "Jalan" instead of "Jangan lari", "Makan nasi" instead of "Jangan main nasi tu."

Diterjemah dan diolah dari buku "Guiding Children's Social Development and Learning."

Thursday, June 6, 2013

Understanding Attachment - "Filling and Refilling the Cup"

Ketika anak saya menginjak usia 3 tahun, anak mula menunjukkan beberapa sikap yang saya sudah hilang akal bagaimana untuk mengendalikannya. Sehingga akhirnya saya tahu saya perlu mendapatkan bantuan. Saya cuba mendapatkan bantuan melalui perkongsian pengalaman dengan saudara-mara, namun approach yang dicuba kurang berjaya. Akhirnya, saya membeli beberapa buah buku parenting untuk mencari sedikit idea bagaimana untuk berhadapan dengan anak yang sedang marah, anak yang sedang mengamuk, anak yang sedang kecewa kerana tidak berjaya buat itu ini dan sebagainya.

Benar kata-kata yang menyebut 'knowledge is power'. Ya, bila kita ada ilmu, dengan izin Allah jua, kita boleh berusaha menjadikan keadaan lebih terkawal (walaupun ada juga masa kita gagal tapi sekurang-kurangnya kita nampak mana yang salah, mana yang silap). Daripada pembacaan saya melalui beberapa buah buku, ada banyak cara dan kaedah yang dicadangkan untuk menangani anak yang sedang marah atau tantrum.

Insha Allah dalam post kali ini, saya ingin berkongsi satu cara bagaimana berhadapan dengan anak yang sedang mengamuk, atau adik-beradik yang sedang bergaduh. Malah boleh di-apply dalam banyak aspek insha Allah. Setakat ini cara ini banyak membantu saya alhamdulillah.

Kadang-kadang buku-buku ini bukanlah memberikan kita manual macam mana nak kendalikan anak, anak bukan mesin. Tetapi ada sesetengah buku yang bagus, penulis atau pakar dalam bidang ini mencadangkan ibubapa supaya melihat anak dari sudut pandang yang berbeza. Iaitu memahami kenapa sebenarnya anak mengamuk? Kenapa anak memukul? Kenapa anak menjerit-jerit? Kenapa adik-beradik suka berebut dan tidak mahu berkongsi? Semua ini ada penjelasan dari sudut saintifik. Bila ibubapa tahu bahawa 'masalah-masalah' tadi bukanlah sesuatu yang dibuat-buat oleh anak, insha Allah ibubapa lebih mudah menerima keadaan anak, baik ketika anak gembira ataupun sedih.

Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai 'attachment'? Pertama kali saya dengar perkataan ini melalui page FB 'The Dangers of Baby Training'. Attachment bermaksud ikatan sosial/emosi yang sangat dalam antara anak dan penjaga (ibu/ayah/babysitter), yang menghasilkan kontek yang berterusan dan boleh menyebabkan stress apabila berjauhan. Ya, attachment boleh berlaku antara anak dengan penjaga selain ibu. Biasa kita lihat anak kecil menangis kalau berjauhan dengan pengasuh atau bibik. Ini kerana attachment terjalin daripada perlakuan yang responsif secara berulang antara bayi dan orang dewasa. Kunci utama bagi secure attachment ialah responsiveness - a sensitive response to the child's needs by the caregiver.

Ketika membaca buku 'Playful Parenting' oleh Dr. Lawrence Cohen (buku ini saya belum sudah membacanya, sekadar membelek-belek, membaca topik-topik yang diperlukan pada masa tu), penulis menerangkan konsep attachment ini dengan lebih mendalam dan beliau menerangkan bagaimana attachment boleh mempengaruhi perlakuan anak. Bagi memudahkan ibubapa memahami konsep ini, beliau menyamakan attachment ini dengan metafora "filling and refilling the cup". Saya dapati metafora ini sangat membantu saya memahami keperluan anak.

Penjaga utama (ibubapa) adalah tangki air utama bagi anak. Dari ibubapa anak mendapat bekalan air untuk meneruskan kehidupan. [Air = kasih sayang dan perhatian] Tangki air ini juga adalah tempat anak bermula dan tempat anak kembali semula untuk top-up bekalan setelah berjauhan dengan ibu untuk tujuan eksplorasi. Keperluan anak untuk attachment menunjukkan cawan anak telah kosong atau hampir kosong; contohnya apabila anak lapar, penat, sunyi, cedera, marah, kecewa dan lain-lain. Dan cawan ini di-refill oleh ibu dengan memberi makan, menidurkan, bermain dan memberi perhatian, menenangkan anak yang menangis kerana luka, memujuk anak yang marah, sedih dan sebagainya. Cawan anak yang kosong menunjukkan bahawa adanya keperluan anak yang perlu dipenuhi oleh ibu (refilling the cup). Anak yang cawannya sentiasa penuh akan rasa selamat untuk membesar dan menjalani tugasan perkembangan mereka dengan baik. Inilah yang dinamakan securely attached.

Apabila cawan anak penuh, anak akan rasa selamat untuk bermain, menjelajah dan belajar. Ketika mereka berjauhan dengan ibu, mereka akan gunakan cup mereka yang penuh untuk menenangkan diri sendiri, mengawal emosi, menumpukan perhatian, berhubung dengan kawan-kawan secara baik, dan mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap diri mereka sendiri. Lama-kelamaan cawan mereka hampir kosong dan mereka akan kembali kepada ibu untuk mendapatkan refill semula. Sebab itu, adakalanya ibu dapati anak mereka akan mengamuk apabila pulang dari daycare atau rumah pengasuh; sedangkan di rumah pengasuh mereka seharian elok-elok saja. Itu adalah tanda cawan mereka hampir kosong dan mereka perlukan ibu untuk memenuhi semula cawan mereka dengan kasih sayang, perhatian, bermain, bergelak ketawa bersama, memeluk mereka. membacakan buku untuk mereka dan lain-lain, sebagai bekal untuk mereka berjauhan dengan ibu esok hari.

Ada banyak lagi special case mengenai cup ini; bagaimana jika cup anak sentiasa kosong dan dibiarkan kosong untuk tempoh yang lama, bagaimana dengan anak yang cup-nya bocor refill banyak kali pun asyik kosong aja :D, bagaimana dengan anak yang berebut untuk mendapatkan refill dari ibu, bagaimana dengan anak yang ibu telah bersedia untuk beri refill tapi anak tutup pula cawannya dan pelbagai lagi. Namun saya dapati perkara asas yang saya tulis di atas buat masa ini memadai untuk saya melihat dan memahami perlakuan anak dengan lebih baik.

Melihat perlakuan anak dengan metafora ini adalah sangat membantu. Sebagai contoh, hari ini, anak saya ke hospital dengan Babanya. Mereka keluar lebih kurang dalam 3 jam. Pulang sahaja ke rumah, anak terus duduk di riba saya sambil saya bersembang dengan suami. Tidak lama selepas itu, dia ambil buku cerita dan minta saya bercerita kepadanya. Dalam hati saya 'Oh, mungkin cawan Abdullah hampir kosong dan dia minta saya mengisinya semula. Mudah-mudahan di luar tadi dia behave dengan baik' :)

Begitu juga ketika anak-anak bermain dan kemudian bergaduh; bila si adik mahukan sesuatu yang abang sedang main, abang marah kerana tak bagi (abang panik takut haknya hilang), adik pula sedih dan cemburu mahukan mainan yang sama. Cup kedua-duanya hampir kosong. Cup abang di-refill apabila saya memelihara haknya dengan dia rasa selamat, manakala cup adik di-refill dengan cara memeluk dan menenangkannya. Alhamdulillah setakat ini metafora ini memang membantu saya melihat 'misbehavior' anak sebagai keperluan emosi yang mesti dipenuhi ibu dan saya boleh kurangkan marah pada anak kerana tahu ia bukan dibuat-buat atau mengada-ngada.

Seperkara yang ingin saya sentuh, memukul, menengking dan memarahi anak tidak sekali-kali akan memenuhkan cawan anak. Kerana semua itu hanya mendatangkan rasa sakit dan tidak menyenangkan pada anak. Ianya hanya akan mengosongkan lagi cawan anak. Perkara positif yang mengalir dari ibu kepada anak hanyalah kasih sayang. Inilah yang membuatkan anak rasa selamat di dunia yang bercampur-baur baik dan buruk.

Dan sudah tentulah, ibu sebagai tangki air utama perlu memastikan sumbernya tidak terhad dan berkurangan iaitu cup ibu juga perlu di-refill dengan memulakan hari dengan solat, membaca al-Quran, berdoa, zikrullah dan mengerjakan amal soleh. Selain itu persediaan dan pengurusan yang baik juga memastikan ibu berada dalam state yang baik untuk menguruskan anak seharian (walaupun tidak selalunya terurus hehehe). 

Bagi saya idea-idea ini sebenarnya hanyalah untuk membantu kita dapat berkomunikasi dengan anak dengan lebih baik. Semua kita tahu yang kita perlu mendidik anak, mengajar anak ilmu itu ini, mengajar anak value itu ini. Tetapi bagaimana proses asimilasi ini berlaku perlulah ada hubungan yang baik antara ibu dan anak. Kalau anak asyik menangis, ibu pula asyik menjerit marah-marah, bagaimanakah kita hendak mendidik anak menjadi jiwa yang taat kepada Allah? At the end of the day, we do it for one reason that is to please Allah 'Azza wa Jalla and we hope to educate our children to be souls that will please Allah too, and that later will get their refills from performing good deeds, being pious and obedient to Allah.

Boleh kawan-kawan kongsi perlakuan anak yang menunjukkan cup mereka kosong dan bagaimana cara anda refill semula?

Tuesday, May 21, 2013

Bagaimana Menyediakan Kurikulum untuk Anak-anak?


BAGAIMANA UNTUK MEYEDIAKAN KURIKULUM UNTUK ANAK-ANAK?

Alhamdulillah saya telah selesai membaca bab 3 daripada buku Developmentally Appropriate Practice : Curriculum and Development in Early Education. Bab ini membincangkan bagaimana untuk merangka kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak yang bersesuaian dengan tahap perkembangan anak dan tidak ada unsur-unsur gesaan dalam proses pembelajaran. Bear in mind, bahawa kurikulum yang dimaksudkan di sini tidak sama dengan kurikulum yang ber-orientasikan akademik yang formal.
Buku ini sebenarnya untuk cikgu tadika, tetapi ia juga boleh diaplikasi oleh ibubapa dalam merancang aktiviti untuk anak-anak. Jadi di sini inshaa Allah saya akan kongsi secara ringkas bagaimana untuk membentuk kurikulum / aktiviti. Bab ini panjang dan saya tidak merancang untuk meletakkan semuanya di sini.

Sebuah kurikulum itu mesti termasuk :

  • -          Matlamat yang ditetapkan untuk perkembangan anak-anak serta pembelajaran (learning)
  • -          Experiences (aktiviti-aktiviti) untuk mereka mencapai matlamat yang ditetapkan
  • -          Peranan ibubapa dalam membantu anak-anak mencapai matlamat tersebut
  • -          Bahan-bahan yang diperlukan untuk membantu implementasi kurikulum
  •       Matlamat-matlamat tertentu yang telah ditetapkan untuk perkembangan serta pembelajaran anak-anak ini adalah untuk :
  • -          Mengembangkan hubungan membina yang positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain
  • -          Memupuk rasa percaya dan rasa selamat
  • -          Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah
  • -          Menzahirkan fikiran dan perasaan
  • -          Berfikir secara kritikal
  • -          Menambahkan keyakinan diri
  • -          Menghormati perasaan dan hak orang lain
  • -          Menggunakan kreativiti dan imaginasi
  • -          Belajar untuk bekerja bersendirian dan dengan orang lain
  • -          Mengembangkan kemahiran literasi, nombor, reasoning, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Domain-domain penting dalam perkembangan dan pembelajaran anak-anak :

  • -      Al-Quran dan Sunnah
  • -          Perkembangan fizikal dan kesihatan tubuh badan (status kesihatan fizikal, pengetahuan kesihatan dan praktis, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus)
  • -          Perkembangan social dan emosi
  • -          Eksperesi seni kreatif
  • -          Pendekatan terhadap pembelajaran (initiative, curiosity, persistence and attentiveness, cooperation)
  • -          Perkembangan bahasa
  • -          Kemahiran literasi (penghargaan terhadap buku, phonological awareness, alphabet knowledge, printed concepts, penulisan awal)
  • -          Logic and reasoning
  • -          Kemahiran matematik ( konsep nombor dan bilangan, hubungan di antara nombor, geometri, ruang, bentuk, ukuran dan perbandingan)
  • -          Sains (pengetahuan mengenai alam semulajadi dan dunia fizikal)
  • -          Kemahiran dan pengetahuan social (keluarga dan komuniti, sejarah dan events, people dan environment)

(goals untuk perkembangan anak-anak dan pembelajaran ini saya tak tahu mana nak dapat untuk di Malaysia. Kalau di US, mereka boleh print out goals yang telah ditetapkan oleh badan tertentu. Kurikulum yang dibina atas dasar DAP (developmentally appropriate practice) ini mengajar bagaimana untuk mencapai standard yang ditetapkan tetapi masih dalam tahap yang bersesuaian dengan tabi’i kanak-kanak. Ia bukan seperti kurikulum biasa yang dibuat oleh guru-guru. Untuk contoh standard pendidikan awal sila lihat di www.researchconnections.org. Malangnya kebanyakan standard yang ditetapkan tidak memberikan focus yang sama rata terhadap domain-domain yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kebanyakannya hanya member tumpuan kepada kemahiran akademik tanpa menekankan aspek social, emosi, kesihatan fizikal, dan ‘pendekatan terhadap pembelajaran’ seperti perasaan ingin tahu, persistence, dan fleksibiliti dalam pemikiran)

Integrated Curriculum

Apa itu integrated curriculum (kurikulum bersepadu) (IC)? Ia adalah kurikulum yang menggabungkan semua domain yang disebut di atas dalam satu2 aktiviti atau projek. Kurikulum bersepadu ini membuatkan anak-anak dapat membina meaningful connections tanpa perlu pengasingan yang dibuat-buat. Contoh : bahasa satu waktu, matematik lain waktu, sains lain waktu, social lain waktu.  IC membolehkan anak-anak berfungsi dalam setiap domain ketika mereka mengkaji sesuatu yang menjadi minat mereka. Antara kelebihan IC :

  • -          Membolehkan anak-anak mengaitkan pengalaman mereka ketika membuat aktiviti dengan pembinaan maksud di sebalik pembelajaran. Mereka belajar ilmu dan kemahiran melalui satu pengalaman yang bermakna dan bukannya belajar secara berasingan dan tidak membawa apa2 makna dalam kehidupan mereka.
  • -          Belajar sesuatu secara berasingan membuatkan anak-anak tidak Nampak bagaimana untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang luas. Contoh : belajar prinsip matematik melalui kelas matematik tidak membantu anak memahami kegunaan matematik dalam kehidupan seharian sebaliknya, memahami berapa banyak kad yang perlu dibuat untuk menjemput ibubapa untuk picnic merupakan satu permasalahan matematik yang relevan yang membenarkan anak-anak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam aktiviti seharian.
  • -          IC membolehkan anak belajar melalui satu2 aktiviti dalam blok masa yang besar (tempoh yang lama) daripada mereka terpaksa melalui transisi-transisi waktu yang terpecah-pecah apabila guru berpindah dari satu disiplin ilmu ke satu disiplin ilmu yang lain (cth : ok sekarang dah habis waktu bahasa, kita beralih ke matematik pula). Anak terpaksa memindahkan focus mereka secara fizikal dan mental boleh membuang masa dan mengganggu tumpuan.
  • -          Masa dan peluang untuk anak mendalami sesuatu aktiviti boleh berulang-ulang supaya proses pembelajaran sebenar berlaku dan anak dapat menguasai dengan baik tanpa cikgu merasa tertekan untuk menghabiskan silibus, yang mana boleh membuatkan anak digesa menyudahkan sesuatu topic untuk beralih ke topic baru. IC juga membolehkan anak menjadi self-motivated dan membina pengetahuan yang makin berkembang.
  • -          Internal motivation (motivasi dalaman) biasanya terhasil daripada penglibatan yang lama dalam sesuatu projek / aktiviti yang diminati anak.


  • KITARAN PERANCANGAN (THE CYCLE OF PLANNING)

Kitaran ini mengandungi :

  1. -          Mempelajari karakteristik setiap anak secara individual melalui proses pemerhatian (observation), regular note taking dan documentation.
  2. -          Refleksi terhadap observation dan menilai di mana kedudukan anak daripada matlamat yang telah ditetapkan.
  3. -          Mempelajari apa yang menarik minat anak dan perkara-perkara yang banyak difokus oleh anak.
  4. -          Menentukan strategi, bahan dan experiences yang boleh buat anak mencapai sasaran yang ditetapkan melalui aktiviti yang bermakna (meaningful).
  5. -          Memerhatikan outcomes untuk menilai keberkesanan pelan, menambah idea daripada pemerhatian dan penilaian.

Akan bersambung inshaa Allah bagaimana untuk membuat pemerhatian dan note taking yang sistematik, cara penilaian serta merancang strategi untuk anak move forward.

Wednesday, May 1, 2013

The Imperfect Mother

Ya, saya adalah seorang ibu yang tidak sempurna dan banyak membuat kesilapan dan kesalahan; kesilapan dalam mendidik dan berbuat salah pula kepada anak-anak. Dan yang 'bagus'nya mengenai kesilapan ini ialah kita boleh belajar daripadanya dan berusaha untuk tidak melakukannya sekali lagi.

Kadang-kadang saya meninggikan suara kepada anak, pernah juga saya 'rotan', bila anak mengaji 'main-main' pun saya marah juga, saya kerap test anak; 'ini huruf apa? ini bunyinya apa? Saya cuba buat dia lakukan aktiviti yang saya sediakan untuknya. Pendek kata - KURANG SABAR. Itulah saya. Bila keadaan begini terjadi, saya tidak gembira dan anak tidak gembira sedangkan saya dan dia mahu hidup dalam keadaan yang secara fitrahnya, kami senang dan tenang dengannya. Hati saya tidak tenang, saya tahu saya tak boleh berterusan dalam keadaan begini. Saya sayangkan anak-anak saya. 

3 perkara yang saya rasakan sangat membantu dalam mendidik anak-anak : al-Quran dan Sunnah, buku-buku dan pengalaman manusia.

Seronoknya menjadi Muslim ialah kita ada al-Quran dan Sunnah. Ia adalah panduan dan guideline untuk kita. Sangat beruntung bukan menjadi Muslim? Saya pernah terbaca buku Mind in the Making, penulis membuat perumpamaan; limits dan boundaries yang di-set oleh ibubapa terhadap anak-anak adalah ibarat anak itu sedang berjalan di atas sebuah jambatan dan di kiri kanannya ada penghalang supaya anak tidak terjatuh. Begitu juga dengan al-Quran dan Sunnah, mengelakkan manusia dari tersesat dan memandu ke jalan yang lurus. Dan memang benar apa yang Allah sebutkan dalam al-Quran bahawa Kitab ini adalah 'hudaa' - PETUNJUK. Al-Quran bukan buku sains, bukan buku matematik, bukan buku parenting, bukan buku geografi, bukan buku cerita tetapi ia adalah sebuah Kitab yang memberi petunjuk. Mengapa petunjuk? Kerana di dunia ini, dengan kehendak Allah Ta'ala, Dia telah menciptakan pelbagai ilmu, pelbagai benda, pelbagai cara, pelbagai gaya; ada yang baik dan ada yang buruk. Dan di sinilah datangnya al-Quran dan Sunnah sebagai hudaa dan al-Furqan (yang membezakan) - Ia menunjuki manusia dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah. 

Buku; buku pertama yang saya baca mengenai perkembangan kanak-kanak ialah 'Einstein Never Used Flash Cards'. Tajuknya menarik minat saya kerana saya baru sahaja berkira-kira untuk mengajar anak menggunakan workbooks, worksheets, flash cards dan sebagainya, kerana inspired dengan cara homeschooling dalam blog-blog yang saya baca. Anak sekecil 3-4 tahun buat latihan dalam workbooks, worksheets, dan menghafal macam-macam. Saya baca hingga habis dan saya sangat gembira dengan apa yang saya baca. Buku inilah yang membuatkan saya mahu membaca dan belajar lebih lagi mengenai perkembangan kanak-kanak. Kerana apa? Kerana mengetahui apa yang berlaku di 'dalam sana' dan bagaimana sebenarnya anak membesar dan berkembang sangat-sangat membantu saya memahami apa sebenarnya yang sedang dilalui oleh anak. Dan paling penting, bagaimana sebenarnya cara kanak-kanak belajar. Dan selepas itu, mulalah saya 'memburu' buku-buku parenting dan child development. Buku-buku ini memang membantu saya melihat anak-anak dari SUDUT YANG SANGAT BERBEZA dari sebelumnya, Subhanallah. Buku-buku tidka menyediakan panduan sebagaimana al-Quran dan Sunnah. Tapi ia memberikan idea, tips dan tricks dalam membesarkan anak-anak. Dan al-Quran dan Sunnahlah yang memandu kita mana yang baik untuk diikuti dan mana yang buruk untuk dijauhi.

Pengalaman manusia ; tidak dapat saya ungkapkan betapa banyaknya yang saya belajar dari pengalaman kawan-kawan saya baik di alam realiti mahupun di alam maya. Anak kita sentiasa membesar dan berkembang, hari ini lain, esok lain pula. Dan kita tidak tahu bagaimana gayanya pada keesokan hari mahupun pada masa akan datang. Jadi pengalaman kawan-kawan terutamanya yang mempunyai anak lebih besar dari anak saya, saya jadikan pengalaman mereka sebagai persediaan saya menghadapi anak-anak di masa akan datang. To know what to expect in the future is always helping me to be ready. Begitu juga, idea dan tips & tricks dalam meng-handle anak-anak, mungkin 'ubat' kita kurang berkesan dan boleh cuba apply cara kawan-kawan lain.

Dan kini saya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah diri saya seperti yang saya tulis di atas - saya mesti memperbaiki diri. Buku 'How to talk..' sangat membantu saya bagaimana untuk bercakap dengan anak dengan baik tanpa perlu meninggikan suara, pada masa yang sama dapat kekal bertenang dan mendapat pula kerjasama anak. Bukanlah saya dah tak pernah tinggikan suara langsung tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar itu. Anak mengaji 'main-main' dan 'cepat penat'? Itu kerana mata saya melihat begitu dan saya tidak lihat dengan kaca mata mereka. Mengetahui bagaimana sebenarnya anak develop, nature anak kecil dan apa yang berlaku 'di dalam' anak sangat membantu saya untuk tolerate dengan anak dalam pelbagai perkara. Test anak? Saya telah belajar bagaimana untuk tahu anak sudah mahir atau belajar sesuatu tanpa perlu test mereka. Buat anak lakukan aktiviti yang di-set up? Biasanya saya biarkan anak pilih aktiviti dan saya mencadangkan sahaja. Biasanya, dia akan seronok jika saya sediakan aktiviti sebab ia hanya sekali-sekala. Dan satu lagi saya belajar - untuk bersabar dengan anak-anak bermakna ibu tidak boleh tertekan. Cara untuk tidak tertekan ialah fokus kepada anak tanpa buat kerja lain atau mengurangkan fokus kepada benda lain dan melebihkan fokus kepada anak. Is it possible? Sometimes I can make it possible but sometimes I can't. I am an imperfect mother T___T

It is always a bumpy and rough road. I still lose patience sometimes and I know I have to go back and remind myself.

Betapa mencabarnya mendidik anak di zaman yang semuanya ada serba-serbi! Allah al-Musta'aan.

'Aunak ya Rabb!

Letter Recognition

A masih dalam proses mengenali huruf. Ini aktiviti mudah yang kami buat minggu lepas. Saya pilih huruf P, W, K, dan H. Tuliskan beberapa perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tadi dan minta A padankan perkataan dengan huruf mula.



Dan sekarang, saya cuba perkenalkan A dengan level seterusnya dalam literacy iaitu MOVABLE ALPHABETS; sounding out the letters. This is when the mind is ready but the hands are not. Saya cuba buat perlahan-lahan dan tidak memaksa dia. Biasanya saya akan minta dia pilih perkataan dulu untuk saya, saya bunyikan dan keluarkan letters untuk disusun. Kemudian dia akan menyusul. Ini kononnya senarai barang untuk dibeli di Giant :) A nak beli meja! :D


Ibu pun seronok main ni! Hurufnya warna-warni :)

Books!

Ini adalah antara quote yang sangat-sangat saya suka dan memberi inspirasi kepada saya :
Books do something that a pile of toys on the floor doesn't do. If you have a two-year-old child, you are likely to say, "Go play." They toys are for the child But the book is clearly something that adults have to help children appreciate.
Ya, saya sangat setuju. Anak tidak tahu apa seronoknya buku. Anak tidak tahu apa yang ada dalam buku. Yang mereka tahu ada gambar dan ada simbol-simbol yang tidak mereka fahami. Buku tidak sama dengan mainan. Mainan secara zahirnya memang menarik minat kanak-kanak. Tetapi tidak buku, buku adalah sesuatu yang ibubapa mesti bantu untuk anak-anak tahu mengenai keistimewaan buku dan apa yang buku boleh beri kepada kita.

Saya tak pernah memperkenalkan buku kepada A semasa dia kecil sebagaimana saya perkenalkan ia sekarang kepada A dan U. Mungkin hanya 2-3 bulan lepas kami mula membeli dan membaca buku bersama-sama. U lebih dahulu menunjukkan minat yang mendalam terhadap buku. Dia punya buku kegemaran, dia kenal buku ini tajuk ini dan buku itu tajuk itu (bila saya suruh dia cari), dan dia boleh membetulkan buku yang terbalik. Dia boleh menghabiskan masa 'membaca' buku seorang diri di dalam bilik mainan.

A; mesti dibacakan buku sebelum tidur. Siangnya banyak bermain dan sekali-sekala minta dibacakan buku. Tapi sejak 1-2 minggu yang lepas, rumah saya kurang bersepah dengan mainan tapi bersepah dengan buku. A mula membaca banyak buku. Lepas pulang dari KLIBF, dia mengeluarkan 9 buah buku bahasa arab yang saya belikan, datang duduk di atas riba saya dan berkata : "Ibu, bacakan semuaaaa ni."




Sekarang, saya akan siapkan semua kerja rumah dan memasak sarapan + tengahari seawal pagi yang mungkin sebelum anak-anak bangun. Untuk apa? Supaya saya 'free' untuk seharian membacakan buku pada anak-anak. Ini janji saya pada diri sendiri, saya akan berusaha selagi mampu untuk tidak menolak permintaan anak-anak membacakan buku untuk mereka. Kalau dah tak larat memang kena minta tolong Baba. We have to help them appreciate books!

Tips untuk Beraktiviti dengan Anak Berumur 1 tahun ++

Umur 1-2 tahun

Kanak-kanak pada usia ini telah menunjukkan tanda-tanda untuk berdikari tetapi dia masih lagi memerlukan penyeliaan dan tunjuk ajar. Adalah sangat penting untuk memperkenalkan aktiviti kepada anak pada masa yang sesuai untuk merangsang anak. Merancang waktu yang sama pada setiap hari adalah tidak disarankan kerana anak mungkin akan rasa terkongkong and mempamerkan perlakuan yang negatif.

Cuba fahami anak anda dengan melihat kepada perlakuan hariannya. Cuba perhatikan bila anak nampak seperti mencari-cari untuk melakukan sesuatu. Mungkin pada waktu pagi atau selepas bangun dari nap. Terpulang pada dia bila dia mahu di-stimulasi.

Ibu juga perlu sedar bahawa anak pada usia ini mempunyai attention span (tempoh fokus) yang sangat pendek dan mungkin tidak akan menyudahkan sesuatu aktiviti pada waktu yang dipilihnya.  Aktiviti yang dipilih boleh boleh diulang pada waktu yang lain.

Antara tips lain :

- Buat aktiviti ketika anak nampak bersedia. Ia mungkin bukan pada waktu yang sama setiap hari.

- Elakkan struktur berlebihan untuk anak tetapi cuba konsisten.

- Ingat bahawa attention span anak sangat pendek. Dengan panduan dan tunjuk ajar, attention span anak boleh ditingkatkan.

- Hentikan aktiviti jika nampak anak sudah tidak berminat. Ulang pada waktu lain. Boleh ubah suai aktiviti di mana-mana yang perlu supaya sesuai dengan cara anak.


** olahan, ringkasan dan terjemahan dari buku Slow and Steady Get Me Ready oleh June R. Oberlander.